fb fb fb fb fb

Zakat Pulau Pinang (ZPP) rai 68 usahawan

Foto RTM

BAYAN BARU, 21 Mei - Seramai 68 usahawan Zakat Pulau Pinang (ZPP) diraikan pada Majlis Apresiasi Usahawan Zakat 2024 yang diadakan di sini.

Kesemua terlibat merupakan usahawan yang telah membayar zakat perniagaan bagi negeri itu pada tahun 2022 dan 2023.

Menurut Yang Dipertua Majlis Agama Islam negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, majlis bertujuan mengiktiraf kepentingan usahawan Muslim yang menerima agihan zakat terkait kemampanan sosio ekonomi umat Islam.

"Dengan pembayaran zakat ini kita dapat mengagihkan semula bagi melahirkan usahawan-usahawan seterusnya yang akhirnya usahawan-usahawan ini dapat membayar zakat.

"Kalau kita dapat tingkatkan mustahik penerima sekarang ini daripada muzakki 100 orang, peningkatan perniagaan sekarang ini pada tahun 2024 kemampuan mereka akan terus membayar zakat jadi peningkatan zakat akan meningkat iaitu daripada RM62,401 yang saya sebut tadi malahan akan meningkat lagi Insya-Allah dari masa ke semasa", katanya di sini", katanya yang ditemui selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi berkenaan di salah sebuah hotel di sini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Datuk Amran Hazali.

Sementara itu Datuk Amran berkata, majlis apresiasi usahawan Zakat Pulau Pinang tahun 2024 itu dapat memberikan suntikan semangat kepada usahawan-usahawan terlibat.

"Saya berasakan majlis seperti ini sedikit sebanyak memberikan semangat kepada usahawan-usahawan Zakat Pulau Pinang untuk terus berusaha bukan sahaja keluar daripada belenggu kesusahan mereka tetapi jugak menjadi pembayar zakat", katanya di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD