ARAU, 26 Februari-Yayasan Pelajaran MARA (YPM) memperuntukkan RM30,000 sebagai bantuan persekolahan kepada 300 pelajar Tingkatan 3,4 dan 5 dalam kategori B40 bagi kesemua tiga buah kawasan iaitu Parlimen Arau, Kangar dan Padang Besar.
Menurut Pengerusi UMNO Negeri Perlis, Datuk Rozabil Abd Rahman, bantuan ini sebagai tanda sokongan komuniti dalam membantu murid-murid yang kurang berkemampuan untuk meringankan beban dalam membuat persiapan awal persekolahan bagi sesi 2024/2025 yang akan bermula 11 Mac depan.
"Program bantuan ini akan dilaksanakan secara berterusan berdasarkan laporan diterima Jabatan Pendidikan Negeri yang mengenalpasti pelajar yang memerlukan bantuan disetiap sekolah rendah dan menengah."
"Setiap pelajar diingatkan agar terus berusaha mengecapi kejayaan dalam pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi dan menjadikan bantuan diterima sebagai pembakar semangat mencapai impian", katanya yang ditemui RTM pada Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan Yayasan Pelajaran MARA dibawah Skim Bantuan Persekolahan YPM di sini.
Pada majlis ini, seramai 30 pelajar Tingkatan 3, 33 pelajar Tingkatan 4 dan 37 pelajar lagi dari Tingkatan 5 menerima sumbangan berjumlah RM100 setiap seorang.