fb fb fb fb fb

YDP Agong perkenan penubuhan RCI, siasat isu pengurusan dan operasi Tabung Haji

KUALA LUMPUR, 19 Januari - Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu-isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) diperkenan Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa 20 Januari hingga 19 Julai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Dato Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan, 6 ahli RCI dilantik yang diketuai mantan Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Raus Sharif.

Ahli jawatankuasa yang dilantik, bebas dan tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan Tabung Haji bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan telus, adil dan saksama.

Beliau turut menjelaskan, jawatankuasa tersebut terdiri daripada individu yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang masing-masing.

Antaranya bidang kehakiman, ekonomi, kewangan, pelaburan, perbankan, kewangan Islam serta perakaunan.

Media Baharu