fb fb fb fb fb

Yayasan, badan amal disaran sediakan laporan perbelanjaan sumbangan - PM

Foto FB Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 1 Jun- Yayasan dan badan amal disaran menyediakan laporan lengkap bagi setiap perbelanjaan wang sumbangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu akan dimulakan dengan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dalam masa terdekat.

"Saya ingin memberi jaminan bahawa dana itu akan diurus dengan baik dan cekap. Ini berbeza dengan dulu YWP akan mulakan tradisi baru. Siapa yang derma akan dapat laporan daripada pengurusan wang yang diderma, maka mereka boleh tahu duit itu digunakan untuk apa dan sebagainya.


(Foto FB Perdana Menteri)

Ini penting dan saranan saya agar ia diikuti badan amal dan yayasan lain," kata Anwar dalam ucapannya selepas melancarkan Tabung Kebajikan dan Pelajaran Yayasan Wilayah Persekutuan, di sini.

Perkara itu penting dalam memastikan ketelusan pengurusan wang sekali gus memberi keyakinan kepada penderma.

Media Baharu