fb fb fb fb fb

Selenggara infrastruktur kecil, rakyat boleh mohon kepada Kementerian Ekonomi

FOTO BERNAMA

SHAH ALAM, 1 Jun- Kementerian Ekonomi membuka peluang kepada rakyat Malaysia di setiap negeri untuk membuat permohonan peruntukan bagi projek kecil dan penyelenggaran infrastruktur berskala kecil di kawasan mereka.

Ia meliputi pembaikan jambatan, jalan raya rosak, dan longkang pecah.

Permohonan itu boleh dilaksanakan pada minggu ketiga bulan ini.

Menterinya, Rafizi Ramli berkata usaha itu bagi mempercepatkan pemberian peruntukan agar masalah rakyat dapat diselesaikan dalam masa satu bulan.

"Jadi, proses sebelum ini meletakkan halangan-halangan yang berlapis-lapis. Rakyat baiki kena pergi sana pergi sini, wakil rakyat pergi situ pula.

Jadi, kami berpandangan lebih baik buka kepada semua rakyat termasuk semua jabatan dan pihak berkuasa tempatan dan sebagainyalah," kata Rafizi kepada pemberita dalam sesi libat urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 bersama kerajaan Selangor.


(FOTO BERNAMA)

Inisiatif itu juga dilihat akan terus memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Ketika ini, Kementerian Ekonomi masih dalam proses persediaan akhir agar sistem permohonan peruntukan itu berjalan dengan lancar.

Media Baharu