fb fb fb fb fb

Agong dan Raja Permaisuri berkenan melawat Melaka

BATU BERENDAM, 5 April - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba untuk lawatan dua hari di Melaka bermula hari ini.

Seri Paduka Baginda berdua berserta anakanda Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah Al-Sultan Abdullah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam pada pukul 11.56 pagi dengan pesawat khas.

Pasangan diraja disambut oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri, Toh Puan Asmah Abdul Rahman, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan barisan Exco Kerajaan Negeri yang baharu dilantik.

Al-Sultan Abdullah dijadual mengadakan kunjungan di bazar Ramadan Peringgit petang ini.

(Pesawat khas yang membawa
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka)

Baginda berdua juga berkenaan untuk hadir ke Majlis Pemasyhuran Masjid Ar-Razak, Bachang seterusnya berbuka puasa bersama rakyat di masjid berkenaan.

Esok, Yang di-Pertuan Agong dijadual menerima mengadap Ahli Majlis, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Hotel Casa De Rio, Banda Hilir sebelum berangkat pulang.

Media Baharu