fb fb fb fb fb

Tiga lelaki ditahan selepas samun wanita

KULIM, 5 April- Tiga lelaki ditahan selepas dipercayai menyamun seorang wanita di Taman Seri Akasia, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Redzuan Salleh berkata, ketiga-tiga suspek berusia 20 hingga 30 tahun itu ditahan semalam di beberapa lokasi berbeza di Kedah dan Pulau Pinang.

"Dua lelaki ditahan di Junjong dan Machang Bubok, Kulim dan seorang lagi suspek ditahan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Polis turut merampas barangan samun, sebuah motosikal, telefon bimbit dan beg milik wanita tersebut yang di dalamnya mengandungi pelbagai dokumen penting," katanya.

(Barangan milik mangsa turut ditemui ketika serbuan dilakukan)

Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek direman untuk siasatan lanjut.

Media Baharu