fb fb fb fb fb

Klinik rawatan khas kesuburan lelaki bakal diwujudkan

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 5 April - Kerajaan akan menambah baik rawatan kesuburan dengan mewujudkan klinik rawatan kesuburan khas untuk lelaki.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata ini kerana masalah kesuburan lelaki di Malaysia berada di tahap yang membimbangkan.

Beliau berkata, perkara itu menyumbang kepada penurunan kadar kelahiran negara selain faktor kesuburan pasangan dan perubahan gaya hidup masa kini.

(Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu)

"Mengambil pendekatan proaktif, LPPKN juga telah mewujudkan klinik kesejahteraan lelaki yang telah pun beropersi pada oktober 2022 di klinik subfertiliti Kuala Lumpur.

"Pada tahun 2023 akan diperluaskan ke enam lagi klinik LPPKN di seluruh semenanjung Malaysia dan juga Sarawak. Klinik ini menawarkan ujian kesihatan lelaki, khidmat nasihat masalah sosial dan amalan gaya hidup sihat dan rawatan ubat untuk membantu meningkatkan kesuburan lelaki memandangkan pada masa ini masalah ketidaksuburan dalam kalangan lelaki semakin meningkat," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai di Parlimen.

Tambah Aiman, kerajaan akan meneruskan inisiatif kepada pasangan yang ingin mendapatkan rawatan kesuburan seperti pengecualian cukai rawatan sehingga RM6,000, program bantuan subsidi rawatan permanian berhadas dan kemudahan tuntutan perbelanjaan rawatan oleh penjawat awam.  

Media Baharu