JOHOR BAHRU, 5 April- Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memiliki pelbagai jenis rokok seludup.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, suspek warga tempatan berusia 46 tahun itu diberkas di rumahnya di Taman Johor Jaya, di sini pukul 4.05 petang semalam.
"Hasil serbuan, polis merampas 21 kotak rokok pelbagai jenama.
Nilai rampasan termasuk sitaan sebuah kereta dianggarkan bernilai RM108,000," katanya.
(Rokok seludup yang dirampas)
Suspek direman dua minggu bagi membantu siasatan mengikut seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan seksyen 116 C Akta Kastam 1967.