AYER KEROH, 5 April - Barisan Timbalan Exco Kerajaan Negeri Melaka akan diumumkan selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), esok.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata semua exco akan mempunyai timbalan masing-masing dalam usaha melancarkan lagi pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya rasa zaman saya menguruskan ini adalah lebih sesuai meletakkan jawatan Timbalan Exco untuk lebih bekerjasama dan membangunkan Melaka. Bagi saya ketika ini saya memerlukan semua wakil rakyat untuk menunjukkan bahawa tidak ada yang tidak diberi peranan bersama-sama saya membangunkan negeri Melaka," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Balai Istiadat, Seri Negeri, di sini.
Mengenai lantikan exco kerajaan negeri yang baharu, Ab Rauf berkata ia mencerminkan kabinet kerajaan persekutuan dengan mengabungkan dua atau tiga kementerian dalam satu porfolio.