fb fb fb fb fb

60 pelajar MRSM Gerik keracunan makanan

IPOH, 5 April- Seramai 60 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gerik mengalami keracunan makanan selepas dipercayai makan juadah ayam masak merah ketika berbuka puasa pada Ahad lepas.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan berkata, pelajar tingkatan satu hingga lima MRSM itu mengalami gejala seperti sakit perut, cirit birit, muntah dan sakit kepala.

Jelasnya, kerajaan negeri kecewa dengan kejadian tersebut berikutan ia melibatkan jumlah pelajar yang ramai.

"Saya nak tahu siapa sebenarnya pengusaha kafeteria itu, siapa sebenarnya penyelia, macam mana mereka memeriksa makanan yang dimasak?

Ini ini adalah suatu kejadian yang serius dan saya akan bentang ke mesyuarat exco dan saya akan minta secara bertulis daripada Jabatan Pendidikan Perak berkaitan tindakan," katanya kepada pemberita di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

(A Sivanesan, Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional
dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak)

Tambah beliau, 10 sampel klinikal sudah diambil dari dapur dewan makan asrama tersebut untuk dianalisis.

Arahan penutupan selama tiga hari dikeluarkan terhadap pengurusan dewan makan berkenaan mengikut Akta Makanan 1983 bagi tujuan pembersihan.

Media Baharu