fb fb fb fb fb

13 projek PPR bakal dibina, manfaatkan lebih 12,000 penghuni

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 5 April - Kerajaan sedang merancang membina 13 projek Program Perumahan Rakyat (PPR) baharu di semua 13 negeri dan bakal memanfaatkan 12,400 penghuni baharu.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata ia bakal dilaksana melalui Belanjawan Madani 2023 menerusi peruntukkan hampir RM390 juta.

(Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir)

"PPR kali ini kita akan melalui proses tender, yang kedua juga kita cadang buat 13 rumah bermaksud setiap negeri akan terima satu projek PPR maka sebab itu permintaan kita dengan setiap negeri adalah sebaiknya untuk kerajaan negeri memberi tanah secara percuma ataupun bayaran secara nominal kerana ini akhirnya akan memanfaatkan warga atau negeri tersebut," katanya.

Beliau menjawab soalan yang dikemuka Senator Datuk Dr Nuing Jeluing di Parlimen.

Mulai tahun ini, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT)  akan memberi keutamaan projek PPR kepada kerajaan negeri yang menyediakan tapak tanah secara percuma atau dengan kadar premium nominal.

Media Baharu