(Mangsa dikenali sebagai Aqil Rasydan Razmi berusia lingkungan 20-an)
SITIAWAN, 5 April- Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya terjatuh ke dalam laut di Terminal Maritim Lumut, Manjung, Perak awal pagi tadi.
Mangsa dikenali sebagai Aqil Rasydan Razmi berusia lingkungan 20-an.
Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Mohd Azizi Zakaria, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 5.30 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dan Pulau Pangkor digerakkan ke lokasi insiden.
"Sebaik tiba, sebuah lori 10 tan dengan seorang pemandu di dalamnya didapati telah terjatuh ke dalam laut sedalam 11 meter.
"Mangsa berjaya dibawa naik pada pukul 9.45 pagi dan disahkan maut oleh pegawai perubatan hospital," kata Mohd Azizi kepada media di sini.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
(Lelaki maut lori dipandu jatuh dalam laut)