KUALA LUMPUR, 5 April - Kadar pengangguran pada suku tahun keempat 2022 mencatat penurunan kepada 3.6 peratus berbanding 4.5 peratus dalam tempoh sama pada 2021.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha@Mohd Yunus Sakmud berkata daripada jumlah tersebut, kadar pengangguran dalam kalangan belia dan graduan turut mencatat penurunan kepada 10.7 peratus berbanding 11.7 peratus pada suku tahun keempat 2021.
Katanya penurunan didorong oleh inisiatif pantas kerajaan dengan meningkatkan kadar penyertaan tenaga buruh menerusi pelbagai agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia.

"Semasa pandemik kadar melonjak kepada 45% namun telah berjaya dikurangkan kepada sebelum pandemik. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran pada suku tahun keempat 2022 ialah 36% .
"Ini jelas menunjukkan kadar pengangguran pada suku tahunan keemapt 10.7% berbanding 11.7% pada suku tahun keempat 2021," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk John Ambrose di Parlimen.