fb fb fb fb fb

WTO perlu diberi nafas baharu - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Ketua Pengarah WTO, Dr. Ngozi Okonjo-Iweala.

RIO DE JANEIRO, 7 Julai -Malaysia mencadangkan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) diberi nafas baharu agar dapat mengemudi isu-isu masa hadapan tanpa menjejaskan ruang dasar yang adil bagi negara membangun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan demikian ketika menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah WTO, Dr. Ngozi Okonjo-Iweala di luar Sidang Kemuncak BRICS.

Semasa pertemuan itu, Perdana Menteri menegaskan komitmen Malaysia terhadap multilateralisme, serta mengingatkan peranan WTO untuk kekal inklusif, berkesan dan responsif.

Beliau turut menyatakan sokongan penuh reformasi menyeluruh terhadap WTO.

NIZAMIAH ASIQIN MOHD ZUKNI