fb fb fb fb fb

Warga KKD jadi 'duta' akar umbi

PUTRAJAYA, 6 Mac- Warga Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) perlu membudayakan sikap ingin tahu masalah yang disuarakan rakyat jika isu itu berkaitan dan berada bawah seliaan kementerian.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata warga KKD harus membudayakan ikhtiar baharu menjadi 'duta' atau 'wakil' di peringkat akar umbi terutamanya berkaitan isu komunikasi dan capaian liputan internet.

"Sebagai contoh, kemana-mana sahaja kita pergi kita akan semak talian telefon bimbit kita, internet kelajuan dia berapa? Jadi ini yang kita minta warga KKD budayakan di mana-mana sahaja kita berada, uji talian tu sekiranya tidak berapa elok maklumkan kepada SKMM untuk segera diselesaikan.

"Inilah yang boleh kita anggap sebagai duta ataupun wakil kementerian di peringkat akar umbi untuk kita faham dan segera selesaikan. Kalau boleh janganlah sampai ada rakyat hantar aduan kata tempat ini tidak ada talian atau internet. Kita ambil inisiatif dahulu dan ambil usaha selesaikan segera," kata Fahmi selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KKD di sini.

(Warga KKD perlu membudayakan sikap ingin tahu masalah yang disuarakan rakyat jika
isu itu berkaitan dan berada bawah seliaan kementerian/BERNAMA)

Media Baharu