fb fb fb fb fb

Warga emas OKU hilang ditemukan lemas

Mayat Pay Pow Lock, 65, ditemukan terapung di sebuah kolam takungan air kira-kira 100 meter dari rumahnya di Kampung Paman, Kemaman / Foto RTM

KEMAMAN, 30 September – Misteri kehilangan seorang warga emas orang kurang upaya (OKU) sejak Sabtu lalu akhirnya terjawab apabila mangsa ditemukan lemas pagi tadi.

Mayat Pay Pow Lock, 65, ditemukan terapung di sebuah kolam takungan air kira-kira 100 meter dari rumahnya di Kampung Paman, di sini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata mangsa yang mengalami masalah mental tinggal bersama abangnya.

Kehilangan mangsa disedari pada pukul 2 petang dan abangnya bertindak mencarinya di sekitar rumah, namun gagal menemui mangsa sebelum membuat laporan polis malam tadi.

"Operasi mencari dan menyelamat yang dimulakan pada pukul 9 pagi tadi melibatkan 26 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Sektor pencarian meliputi kawasan 100 meter persegi dari rumah mangsa dan lokasi penemuan berada di dalam kawasan semak," katanya menerusi kenyataan.

Tambah Hanyan, pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang tanda jenayah pada mangsa.

Mayat telah dibawa ke unit forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN