fb fb fb fb fb

Ada keperluan tambah baik akta keselamatan negara - PM

Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 30 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perlunya penambahbaikan akta berkaitan keselamatan negara untuk memastikan keselamatan negara lebih terjamin daripada unsur dan pengaruh luar yang berpotensi mencetuskan konflik.

"Saya rasa ada keperluan untuk mengemas kini akta keselamatan negara yang menjurus khusus kepada usaha menjamin keselamatan negara daripada unsur-unsur dan pengaruh luar.

"Saya serahkan kepada kebijaksanaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi penguatkuasaan lain untuk mengenal pasti elemen yang perlu dimasukkan dan diperkuat dalam undang-undang sedia ada," katanya.

Anwar juga menegaskan bahawa kerajaan akan terus mempertahankan prinsip demokrasi yang matang, tetapi tidak sesekali mengizinkan negara menjadi medan bagi puak pelampau.

"Kita tidak boleh membenarkan negara menjadi medan bagi puak pelampau," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Tindakan Malaysia bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (MyPCVE) di sini hari ini.

SITI AISHAH MD ISA