fb fb fb fb fb

Warga emas maut motosikal bertembung lori pasir

(Mangsa, Muhamad Samad, 72, meninggal dunia di lokasi kejadian)

BESUT, 5 April- Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori pasir dalam kejadian di Jalan Lata Tembakah, Jerteh, di sini, Terengganu.

Insiden dipercayai berlaku semasa lori berkenaan dalam perjalanan ke tapak projek pembinaan jalan di Kampung Seberang La, Pasir Akar.

Semasa tiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggangi mangsa, Muhamad Samad, 72, dari arah Kampung Bukit Payong telah keluar dari simpang secara tiba-tiba.

Akibat pertembungan itu, mangsa yang juga seorang penoreh getah meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat.

Ketua polis Daerah Besut, Superitenden Abdul Rozak Muhammad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu kes disiasat dibawah Sek 41(1) APJ 1987.

(Lori pasir yang terlibat kemalangan jalan raya di Jalan Lata Tembakah, Besut)

Media Baharu