fb fb fb fb fb

Sumbangan lebih RM550,000 pusat tahfiz, sekolah pondok berdaftar N9

SEREMBAN, 5 April- Kerajaan Negeri Sembilan menyerahkan sumbangan sebanyak RM552,600 kepada seluruh pusat tahfiz dan sekolah pondok yang berdaftar di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata bantuan itu diharap dapat membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar yang bukan sahaja datang dari negeri berkenaan, malah dari luar Negeri Sembilan.

"Bantuan ini diharap dapat membantu meningkatkan kecermelangan pelajar-pelajar tahfiz di Negeri Sembilan yang ramai pelajarnya bukan saja daripada penduduk Negeri Sembilan, tetapi juga dari luar Negeri Sembilan.

"PINTA ataupun PINTAS adalah merupakan satu gabungan persatuan institut tahfiz dan pondok Negeri Sembilan dan sumbangan hari ini adalah sejumlah RM552,600. Dan sumbangan tahunan dana tahfiz ini kita telah mula sejak tahun 2019.

"Sebanyak 78 buah tahfiz seluruh Negeri Sembilan di bawah persatuan PINTA ini. Jumlah keseluruhan pelajar lebih kurang 6,000 orang, kakitangan dan guru lebih kurang 400 ke 500 orang," kata Aminuddin dalam sidang media Mesyuarat Exco di sini.

(Sumbangan lebih RM550,000 pusat tahfiz, sekolah pondok berdaftar N9/Foto hiasan)

Media Baharu