fb fb fb fb fb

Mantai Perdana di 22 lokasi seluruh Negeri Sembilan

SEREMBAN, 5 April- Sebanyak 22 buah lokasi di seluruh Negeri Sembilan telah ditetapkan bagi penganjuran program Mantai Perdana yang akan diadakan pada 20 April ini bersempena Aidilfitri.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pada hari tersebut juga, daging lembu akan dijual pada harga RM37 sekilogram di setiap lokasi penganjuran program Mantai Perdana itu.

"Mantai Perdana akan dipengurusikan oleh Exco Pertanian, YB Bakri. Beliau akan menyelaras seluruh perjalanan program Mantai Perdana Negeri Sembilan ini," kata Aminuddin ketika ditemui pemberita dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco di sini.

Tambahnya, semua tempahan daging oleh orang ramai akan dilakukan menerusi aplikasi dan portal AgroBazaar Online kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

(Datuk Seri Aminuddin berkata Mantai Perdana di 22 lokasi seluruh Negeri Sembilan)

Media Baharu