fb fb fb fb fb

Sentimen tanah rizab Melayu sekadar naratif pembangkang

(Datuk Seri Anwar (kanan) dan Nik Nazmi (tengah) pada sidang media di Bangunan Perdana Putra/BERNAMA)

PUTRAJAYA, 5 April- Wujud naratif yang dimainkan pembangkang di Parlimen berhubung isu keluasan tanah rizab Melayu di Kedah.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sejak awal lagi, pembangkang cuba menggunakan sentimen tanah rizab Melayu semakin berkurang.

"Jadi dakwaan di peringkat negeri Kedah ialah ada penambahan selepas itu pada tahun 2023, jadi data itu tidak sampai kepada peringkat kerajaan Persekutuan.

"Yang ingin saya tegaskan ialah sebenarnya dari awal ada naratif yang cuba mereka mainkan, sebab kalau kita tengok soalan pertanyaan parlimen itu dari awal dia tulis dalam kurungan tanah rizab Melayu dalam kurungan semakin berkurangan.

"Jadi mereka nak mainkan sentimen tanah rizab Melayu berkurangan tersebut dan apabila saya menjawab secara keseluruhan tanah rizab Melayu telah meningkat dan YB Maran bangun ketika itu dan dia membangkitkan soal hak Melayu terancam dan sebagainya," kata Nik Nazmi berkata kepada media di sini.

(Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menyifatkan wujudnya naratif yang dimainkan
pembangkang di Parlimen berhubung isu keluasan tanah rizab Melayu di Kedah)



Media Baharu