fb fb fb fb fb

Kaunter zakat pandu lalu diwujudkan di Kangar - MAIPs

(Kaunter zakat pandu lalu Masjid Alwi)

KANGAR, 5 April- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengambil inisiatif dengan mewujudkan kaunter zakat pandu lalu yang beroperasi di sini.

Dua buah masjid menjadi perintis iaitu Masjid Alwi dan Masjid Al-A’la Behor Temak yang bermula sejak 1 April lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, kaedah tersebut dilihat lebih mudah terutama bagi mereka yang bekerja atau mempunyai urusan di luar yang tidak sempat singgah di masjid untuk membayar zakat.

Katanya, konsep itu dilihat lebih cepat, mudah dan menjimatkan masa.

Selain kaedah pandu lalu ini, pembayaran secara biasa kepada amil di masjid turut disediakan sepertimana kelaziman selain pembayaran secara dalam talian.

Kadar zakat fitrah yang ditetapkan di Perlis untuk tahun ini adalah kekal RM7.

(Kaunter zakat pandu lalu Masjid Al-A’la Behor Temak)

Media Baharu