fb fb fb fb fb

Dua bot Vietnam ceroboh perairan negara ditahan

(Dua bot nelayan Vietnam ceroboh perairan negara di Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 5 April- Dua bot nelayan Vietnam dikesan menceroboh perairan negara dan ditahan Maritim Terengganu sekitar 133 dan 134 batu nautika timur laut sini menerusi Op Naga Barat dan Kuda Laut, semalam. 

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata pihaknya mengesan sebuah bot yang mencurigakan
sedang menjalankan aktiviti penangkapan ikan dan bertindak melarikan diri sebaik mengesan pihaknya.

Namun tindakan pantas Maritim Terengganu berjaya menghalang bot-bot berkenaan keluar dari perairan negara. 

Pemeriksaan mendapati, tekong gagal mengemukakan dokumen lesen yang sah dan kebenaran menangkap ikan di perairan negara. 

Kesemua tujuh kru termasuk tekong berumur 19 hingga 59 tahun itu juga tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan permit pekerja asing yang sah. 

Bot dan kesemua peralatan menangkap ikan termasuk diesel dianggarkan bernilai RM3 juta dirampas.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana tidak memiliki sebarang lesen dan permit kerja untuk melakukan pengoperasian penangkapan hasil laut di perairan negara dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

(Maritim Terengganu kesan dua bot nelayan ceroboh perairan Kuala Terengganu)

Media Baharu