fb fb fb fb fb

Banjir kilat landa bandar Gua Musang

(Penunggang motosikal meredah banjir kilat di bandar Gua Musang)

GUA MUSANG, 5 April- Hujan lebat selama satu jam setengah mengakibatkan beberapa kawasan di bandar sini dinaiki air dalam kejadian banjir kilat, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, pengguna jalan raya sempat memuat naik gambar dan video di laman media sosial yang memaparkan beberapa kenderaan meredah air bertakung, selain terdapat juga pengguna yang terkandas.

Antara kawasan terjejas adalah di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di Bandar Baru, persimpangan lampu isyarat bandar Gua Musang dan Taman Tropika.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Gua Musang, Mohd. Yussalmi Mohd. Yusoff berkata, sehingga pukul 3.30 petang hujan masih berlaku di sini.

Katanya, pihaknya menerima aduan sebuah kenderaan tersangkut dalam banjir kilat kira-kira pukul 2.50 petang di hadapan IPD Gua Musang dan usaha menyelamat segera dijalankan.

Pihaknya turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan tidak meredah kawasan air yang bertakung kerana boleh membahayakan nyawa.

(Anggota APM Gua Musang)

Media Baharu