fb fb fb fb fb

Sayuran percuma diagih kepada warga, kakitangan Parlimen

(Inisiatif tersebut akan diteruskan selepas ini meliputi semua kawasan dengan kerjasama semua pihak)

KUALA LUMPUR, 5 April- Sebanyak 120 kotak mengandungi lapan jenis sayuran diagihkan secara percuma kepada warga dan kakitangan Parlimen.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata selain menyantui semua warga kerja di Parlimen, inisiatif itu turut membantu mereka yang terkesan dengan kenaikan harga barang.

Inisiatif tersebut akan diteruskan selepas ini meliputi semua kawasan dengan kerjasama semua pihak.

"Tujuannya adalah untuk sama-sama merasalah pada bulan Ramadan ini  hasil tuaian mereka dan sebelum ini pun ahli parlimen di Lumut memang kita ada hubungan baik dengan petani sayur di Cameron.

"Masa PKP  COVID -9 dulu  memang kita bertukar barang. Kami bawa ikan dri pasar dan mereka bawa turun sayur dri Cameron Highlands dan edar kepada rakyat," kata Mohd Hatta kepada RTM selepas pengagihan sayuran di hadapan Dewan Serbaguna di Parlimen di sini.

(Senator Datuk Dr Mohd HattaSayuran percuma diagih kepada warga, kakitangan Parlimen)

Media Baharu