fb fb fb fb fb

Tindakan saman kenderaan di bahu jalan HRPB ditangguhkan - Polis Perak

(Mohd Yusri Hassan Basri)

IPOH, 5 April- Tindakan saman terhadap individu yang meletakkan kenderaan di bahu jalan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dekat sini ditangguhkan sehingga bulan depan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, penangguhan itu dibuat demi kepentingan dan kebajikan pengguna susulan parkir sedia ada masih dalam proses menaik taraf.

Beliau turut berharap kerjasama daripada semua pihak untuk mematuhi peraturan ditetapkan.

"Saya nasihatkan orang ramai agar beri kerjasama supaya pakir kenderaan di luar kawasan hospital dengan secara teratur dan tidak menghalang kenderaan lain serta lalu lintas terutama pergerakan ambulans keluar masuk.

"Jika melakukan halangan tersebut, pihak saya terpaksa mengeluarkan saman," katanya ketika menghadiri Program 'High Profile Policing' (HPP) Bazar Ramadan PDRM Ipoh 2023 di Bazar Ramadan Stadium, di sini.

Mohd Yusri berkata, keputusan penangguhan tersebut dibuat hasil pertemuan dengan Exco Kesihatan Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Negeri, A.Sivanesan pada Isnin lalu.

(Mohd Yusri Hassan Basri pada Program HPP Bazar Ramadan PDRM Ipoh 2023
di Bazar Ramadan Stadium, Ipoh)

Media Baharu