fb fb fb fb fb

Warga emas maut dihempap pagar kilang

FOTO PDRM TANAH MERAH

TANAH MERAH, 25 Mac- Seorang lelaki warga emas maut dihempap pagar di kilang dawai dekat Kawasan Perindustrian, sini, Kelantan, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada pukul 3.30 petang.

Hasil siasatan awal polis mendapati mangsa, 70, merupakan pemilik premis berkenaan dan tinggal dalam kawasan kilang terbabit.

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang memeriksa pintu pagar kedua kilang terbabit, namun roda pagar tersebut terkeluar daripada laluan dan terbalik serta menghempap  keseluruhan badan mangsa.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mohd Haki berkata, tiada sebarang perbuatan jenayah, sabotaj atau pergaduhan bagi kes terbabit.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan parah di kepala atau ‘crushing head injury’.

2503 MAUT DIHEMPAP PAGAR VISUAL INSHOT
FOTO PDRM TANAH MERAH

SITI AISHAH MD ISA