fb fb fb fb fb

Warga emas hilang dikhuatiri jatuh sungai di Rompin

Barangan memancing dipercayai milik mangsa di jeti Kampung Menchali, Kuala Rompin

ROMPIN, 20 Februari- Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dalam sungai di jeti Kampung Menchali, Kuala Rompin di sini awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 2.00 pagi membabitkan mangsa berusia 67 tahun dari Felda Keratong 6, Muadzam Shah.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan sejak 8.00 pagi tadi dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Bagaimanapun, sehingga 4.00 petang, mangsa masih belum ditemukan dan pencarian masih diteruskan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat JBPM Pahang, Salahuddin Isa memaklumkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rompin bersama jentera telah dikerahkan ke lokasi SAR dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Pekan.

Berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai ke lokasi itu untuk memancing sebelum disyaki terjatuh ke dalam sungai.

Pencarian telah dijalankan di sekitar sungai dan permukaan air dengan bantuan bot penduduk kampung.

SITI AISHAH MD ISA