fb fb fb fb fb

Warga emas dan remaja maut, kemalangan dua motosikal

Kemalangan membabitkan warga emas dan seorang remaja

TUMPAT, 3 Mac - Dua maut melibatkan dua buah motosikal dalam kemalangan di kilometer (KM5) Jalan Kota Bharu menghala ke Pengkalan Kubor, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tumpat Asisten Komisioner (ACP) Amran Dollah dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kemalangan tersebut pada pukul 11.40 malam.
 
Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati, motosikal terlibat ditunggang oleh remaja berusia 19 tahun yang datang dari arah Kota Bharu menghala ke Pengkalan Kubor.
 
"Motosikal terbabit dipercayai memotong sebuah kereta dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah motosikal lain yang datang  dari arah bertentangan yang ditunggang oleh warga emas," katanya.
 
Mangsa berusia 62 tahun meninggal di tempat kejadian.
 
Manakala, remaja berkenaan meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (HRPZ 2), Kota Bharu. 
 
Jelas Amran, kes akan disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 
 
Bagi orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian, boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat.
 

TETITIA YUSOFF