fb fb fb fb fb

Warga emas cedera rempuh pasar raya

(Foto Facebook VIRAL PERAK)

MANJUNG, 6 Oktober- Sebuah kereta Perodua Myvi dipandu seorang warga emas hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebuah pasar raya di Jalan Medan Sitiawan 1, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata pihaknya mengesan kemalangan berkenaan selepas rakaman video tular di media sosial yang dimuat naik di kumpulan Facebook 'Komuniti Seri Manjung'.

"Siasatan mendapati kemalangan kira-kira 3.15 petang itu terjadi ketika kereta dipandu wanita berusia 75 tahun itu dipandu dari arah sebuah farmasi menghala ke arah sebuah stesen minyak.

"Apabila tiba di simpang tiga pasar raya itu, pemandu hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh psar raya terbabit, katanya dalam kenyataannya, malam tadi.

Bagaimanapun, wanita warga emas itu dilaporkan cuma mengalami cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.

Kes disiasat mengikut Kaedah 10 LN 166/59 bagi kesalahan gagal kawal kenderaan.


(Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi)

Media Baharu