fb fb fb fb fb

Warga asing patah kaki, lari dari serbuan JIM

SEGAMBUT, 6 Mei- Cubaan mengelak daripada ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), seorang warga asing patah kaki selepas terjun ke dalam gaung.

Seramai 70 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk enam orang kanak-kanak ditahan, dalam serbuan di sebuah penempatan di Kampung Masjid Segambut pukul 2.05 pagi tadi.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin yang mengetuai serbuan berkata operasi tersebut melibatkan 77 anggotanya bersama beberapa anggota Jabatan Pendaftaran (JPN) dan Agensi Pertahanan Awam (APM).

"Tempat ini sebenarnya sudah lama, lebih 10 tahun. Sebenarnya pada tahun 2019, kita pernah masuk dan pada operasi sebelum ini kita telah dapat menangkap lebih kurang 140 orang la selepas beberapa tahun tempat ini dimasuk semula oleh warganegara asing," kata Syamsul ketika ditemui pemberita di ibu negara.


(Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin)

Kesemua PATI terdiri daripada warga Indonesia dan Bangladesh, berusia antara 2 hingga 56 tahun.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen sah dan Seksyen 15(1)(C) tinggal lebih masa dibawa ke Depoh Imigresen Bukit Jalil.

Media Baharu