fb fb fb fb fb

BN nyata sokongan tidak berbelah bagi kepada Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 6 Mei- Barisan Nasional (BN) mengulangi penegasan sokongan tidak berbelah bagi kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, asas kestabilan negara perlu dipertahankan bagi membina keyakinan pelabur dan masyarakat antarabangsa.

Jelas beliau dalam satu kenyataan, "BN tetap bersama dengan aspirasi rakyat untuk melihat sebuah negara aman dan stabil yang dipimpin oleh Perdana Menteri yang disepakati oleh semua parti dalam membentuk kerajaan atas asas Kerajaan Perpaduan."

Datuk Seri Zambry yang juga Menteri Luar menyifatkan spekulasi pihak tertentu dalam usaha menjatuhkan kerajaan di media sosial bertujuan untuk melihat negara terus berantakan.

Beliau menyeru semua pihak untuk fokus kepada agenda membangunkan negara dan menolak sebarang bentuk politik gugatan.

(Zambry Abd Kadir)

Media Baharu