fb fb fb fb fb

Semua tabika, taska KEMAS perlu tangguh aktiviti luar bilik darjah

KUALA LUMPUR, 6 Mei- Semua Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) perlu menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah sekiranya cuaca terlalu panas.

Selain itu kesemua tadika dan taska juga perlu memantau aktiviti yang boleh mendedahkan kanak-kanak kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.

KEMAS dalam kenyataan juga memaklumkan, "aktiviti fizikal lasak boleh dihadkan semasa cuaca panas kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit akibat cuaca panas."

Selain itu, "tadika dan taska juga perlu memastikan bekalan air bersih mencukupi dan menggalakkan kanak-kanak membawa air minuman sendiri."

Bagaimanapun, kanak-kanak juga digalakkan mengambil air minuman dalam kuantiti sesuai bagi mengawal suhu badan.

Semua tabika dan taska KEMAS dinasihat agar sentiasa mengikuti garis panduan aktiviti fizikal, Kementerian Kesihatan (KKM) serta perlu peka dengan perkembangan semasa mengenai fenomena berjerebu di kawasan atau daerah masing-masing.

Maklumat terkini status cuaca panas juga boleh didapati di laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia dan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas di laman sesawang KKM.

(Foto hiasan)

Media Baharu