fb fb fb fb fb

Warga asing mula berniaga seawal 4 pagi di sekitar Pasar Harian Selayang

(Tinjauan RTM hari ini mendapati warga asing mula berniaga seawal 4.00 pagi di PHS)

KUALA LUMPUR, 25 Februari - Kehadiran peniaga warga asing yang dipercayai tidak mempunyai lesen dan permit yang sah masih kelihatan di sekitar kawasan berhampiran Pasar Harian Selayang (PHS) dan Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL).

Senario itu tidak berubah malah kehadiran mereka kembali aktif meski pun pernah digempur beberapa kali oleh pihak berkuasa dan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan jangkitan kes COVID-19 yang tinggi tahun lalu.

Tinjauan RTM mendapati, mereka mula beroperasi dan perniagaan di kawasan kaki lima bangunan yang berhampiran pasar borong berkenaan seawal jam 4.00 pagi.

Jika dibandingkan pada sebelum ini, jumlah kehadiran mereka agak berkurangan selepas aktiviti mereka tular di media sosial.

Kebanyakan mereka berniaga sayur-sayuran, buah-buahan, sirih dan pelbagai makanan keperluan harian.

Pasar borong ini sering dikaitkan dengan isu seperti kotor, kebanjiran pekerja tak berdaftar dan sebagainya.

Aktiviti perniagaan secara haram majoritinya dijalankan oleh etnik Rohingya. Mereka akan menutup perniagaan pada 8.00 pagi bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pada 19 Jun 2020, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah menyita hampir 200 lot di pasar berkenaan dipercayai disalahgunakan oleh pendatang asing tanpa izin (PATI).



Media Baharu