fb fb fb fb fb

Wanita maut jatuh dari tingkat 13

(Foto FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

BATU CAVES, 17 April- Seorang wanita berusia 20 tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari bumbung tingkat 13 sebuah kondominium di Taman Sri Gombak, di sini, semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 3.01 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bersama jentera digegaskan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Nasir Razali berkata, insiden itu didapati berlaku di Blok A, Kristal Height Kondominium 3, di sini.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak kesihatan dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

(Foto FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

Media Baharu