fb fb fb fb fb

Wanita maut, 4X4 menjuman ke dalam gaung

Foto JBPM Selangor

KUALA LUMPUR, 12 Februari- Seorang wanita maut, manakala empat rakannya cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Batang Kali, petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.28 petang dan tujuh pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu digegaskan ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux telah terjatuh di dalam gaung dan kerja-kerja menyelamat bagi mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu mengambil masa 10 minit,” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun wanita berusia 58 tahun itu disahkan telah meninggal dunia, manakala empat mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran.

TETITIA YUSOFF