fb fb fb fb fb

Wanita cedera ringan dalam kemalangan dua kereta di Simpang Ampat

Seorang wanita berusia 20 tahun cedera ringan selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Simpang Ampat, Pulau Pinang, awal pagi tadi / Foto RTM

SIMPANG AMPAT, 11 Mei - Seorang wanita berusia 20 tahun cedera ringan selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Simpang Ampat, Pulau Pinang, awal pagi tadi.

Mangsa dilaporkan tersepit di bahagian pemandu ketika kejadian berlaku.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.14 pagi.

Katanya, pasukan bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian sebelum berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.

Operasi penyelamatan melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai.

Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN