fb fb fb fb fb

Selangor terus bangunkan potensi belia

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 11 Mei- Selangor terus memperkukuh peranannya sebagai antara negeri paling aktif membangunkan potensi belia, menerusi pendekatan pelbagai agensi dan kerjasama strategik.

Untuk itu, Sambutan Hari Belia Negara 2025 peringkat Selangor menjadi platform penting bagi memperkasa suara dan peranan belia.

Program itu akan berlangsung di KSL Esplanade Mall, Klang pada 17 dan 18 Mei ini.

Presiden Majlis Belia Negeri Selangor, Dato’ Mohd Imran Tamrin berkata, penganjuran kali ini bukan sekadar sambutan tahunan.

Sebaliknya menjadi landasan untuk memperkukuh kepimpinan dan pembentukan jati diri dalam kalangan belia negeri ini.

"Sedikit isitmewa dan kelainan di Selangor kerana terdapat beberapa entiti dan komponen lain yang menyokong pelaksanaan dan pemerkasaan belia.

"Antaranya, program penggerak belia tempatan dan sukarelawan belia. Semua komponen ini bergerak mencapai matlamat dan objektif yang sama," katanya.

Dato’ Mohd Imran berkata demikian selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, di sini hari ini.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello