Wanita cedera, dapur rumah runtuh di Kampung Pulo Hilir

KUCHING, 19 Oktober -Seorang wanita berusia 37 tahun cedera selepas dapur rumahnya runtuh dalam satu insiden awal pagi tadi di Kampung Pulo Hilir, di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Struktur dapur rumah runtuh menyebabkan seorang penghuni terjatuh dan cedera di Kampung Pulo Hilir.
  • Bomba dari BBP Petra Jaya tiba dan membantu mengeluarkan mangsa dari kawasan runtuhan.
  • Operasi penyelamatan selesai dalam masa kira-kira 20 minit selepas panggilan kecemasan diterima.

Laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.35 pagi.

Lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya diarah ke lokasi kejadian.

“Mereka mendapati sebahagian struktur dapur rumah berkenaan telah runtuh. Insiden itu mengakibatkan seorang penghuni dikenali sebagai Siti Aisyah Hajemi, terjatuh,” menurut laporan itu.

Pasukan bomba bertindak membantu mengeluarkan wanita berkenaan yang berada di kawasan runtuhan sebelum memastikan persekitaran selamat.

Operasi tamat pada pukul 3.55 pagi.