fb fb fb fb fb

Wanita cedera, dapur rumah runtuh di Kampung Pulo Hilir

Foto JBPM

KUCHING, 19 Oktober -Seorang wanita berusia 37 tahun cedera selepas dapur rumahnya runtuh dalam satu insiden awal pagi tadi di Kampung Pulo Hilir, di sini.

Laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.35 pagi.

Lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya diarah ke lokasi kejadian.

"Mereka mendapati sebahagian struktur dapur rumah berkenaan telah runtuh. Insiden itu mengakibatkan seorang penghuni dikenali sebagai Siti Aisyah Hajemi, terjatuh," menurut laporan itu.

Pasukan bomba bertindak membantu mengeluarkan wanita berkenaan yang berada di kawasan runtuhan sebelum memastikan persekitaran selamat.

Operasi tamat pada pukul 3.55 pagi.

TETITIA YUSOFF