KUALA LUMPUR, 7 Oktober- Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selamat menjalani satu prosedur kesihatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang hari ini.
Pengarah hospital tersebut, Dr Farique Rizal Abdul Hamid menerusi kenyataan berkata Wan Azizah berada dalam keadaan baik, namun masih memerlukan pemantauan rapi pasukan perubatan.
Pihaknya berterima kasih atas ruang privasi yang diberikan kepada isteri Perdana Menteri itu untuk menerima rawatan dengan sempurna.
Pada masa sama turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak atas doa dan ingatan buat kesembuhan segera Wan Azizah.
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta orang ramai agar mendoakan kesihatan Wan Azizah.
"Doakan kesihatan isteri saya diberi keafiatan sesegera mungkin. Insya-Allah," katanya menerusi perkongsian di Facebook.