fb fb fb fb fb

VTL Malaysia -Thailand langkah terbaharu pulihkan industri pelancongan - Ismail Sabri

(Perdana Menteri berucap pada pelancaran program Citrawarna Keluarga Malaysia)

KUCHING, 26 Februari - Kerajaan bercadang mengadakan Laluan Perjalanan Bervaksin (VTL) dengan Thailand sebagai langkah terbaharu memulihkan industri pelancongan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata cadangan itu dibuat hasil lawatannya ke negara gajah putih yang berakhir hari ini sekali gus dapat merancakkan kembali perkembangan sektor ekonomi negara selepas dilanda pandemik COVID-19 sejak dua tahun lepas.

"Singapura, Indonesia dan Brunei secara dasar juga telah bersetuju dengan cadangan pelaksanaan VTL ini," katanya semasa berucap pada pelancaran program Citrawarna Keluarga Malaysia di sini malam ini yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ismail Sabri berkata VTL antara Malaysia dan Brunei dipersetujui hasil perbincangan beliau dengan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah semasa kunjungannya ke negara itu baru-baru ini.

"Langkah ini bukan sahaja mampu memulihkan industri pelancongan Sarawak tetapi juga merancakkan kembali ekonomi khususnya di bahagian Miri, Limbang dan Lawas yang terletak bersempadan dengan Brunei," katanya.


Media Baharu