fb fb fb fb fb

Bantuan khas kepada pengusaha pelancongan akan dibayar dua kali - PM

KUCHING 26 Februari- Bantuan khas kepada lebih 20,000 pengusaha pelancongan yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, MOTAC akan dibuat sebanyak dua kali iaitu pada bulan depan dan Mei ini.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri di Kuching.

Antara yang bakal menerima manfaat bantuan itu ialah 10,000 pemandu pelancong yang akan menerima RM1,500 seorang.

Manakala, hampir 5,600 agensi pelancongan pula akan menerima RM9,000 setiap agensi, selain 3,100 pengusaha inap desa yang berdaftar dengan MOTAC yang bakal menerima RM1,800 seorang.

Perdana Menteri berharap semua inisiatif dan langkah yang dilakukan kerajaan itu mampu merancakkan kembali sektor pelancongan dan melonjakkan semula nama Malaysia sebagai destinasi pilihan utama pelancongan global.

Media Baharu