fb fb fb fb fb

Video tular palsu, paras air Empangan Hidro di Stesen Janakuasa Kenyir masih terkawal- TNB

(Video tular mengenai bunyi siren di Empangan Kenyir yang kononnya meminta penduduk Terengganu berhati-hati dengan kemungkinan banjir yang lebih besar akan melanda disebabkan air daripada empangan akan dilepaskan) FOTO GOOGLE

KUALA TERENGGANU, 27 Februari- Paras air di Empangan Hidro di Stesen Janakuasa Kenyir Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih berada pada paras terkawal dan di bawah paras limpah setakat ini.

TNB dalam satu kenyataan memaklumkan pemantauan secara berterusan sedang dijalankan dan maklumat yang berkaitan sentiasa disalurkan kepada pihak berkuasa secara berkala.

"Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat yang sahih melalui saluran rasmi TNB di Facebook TNB Careline atau Twitter Tenaga_Nasional sahaja," menurut kenyataan itu.

Hari ini, tular di media sosial mengenai bunyi siren di Empangan Kenyir yang kononnya meminta penduduk Terengganu terutama Daerah Hulu Terengganu berhati-hati dengan kemungkinan banjir yang lebih besar akan melanda disebabkan air daripada empangan akan dilepaskan.- BERNAMA


 

Media Baharu