fb fb fb fb fb

Banjir Kelantan, jumlah penduduk terjejas meningkat, 60 PPS dibuka di tujuh daerah

KOTA BHARU, 27 Februari- Situasi banjir di Kelantan semakin meningkat apabila apabila 60 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka membabitkan tujuh daerah di negeri itu.

Berbanding semalam, jumlah penduduk terjejas banjir yang dipindahkan setakat pukul 4 petang tadi mencecah 5,377 orang daripada 1,843 Keluarga.

Menurut portal info banjir JKM, Machang dan Kota Bharu menjadi daerah terbaharu dilanda banjir apabila tiga PPS di buka di daerah Machang dan satu PPS dibuka di daerah Kota Bharu.

Dalam pada itu, 12 PPS dibuka di daerah Pasir Mas melibatkan 2,857 penduduk terjejas banjir daripada 1,121 keluarga menjadikan daerah itu antara daerah paling teruk terjejas setakat ini.

Selain itu, 14 PPS dibuka di Kuala Krai melibatkan 831 penduduk terjejas banjir, 12 PPS di buka Tanah Merah melibatkan 498 penduduk terjejas banjir
dan 8 PPS di buka melibatkan 622 penduduk terjejas banjir.

Sementara di keadaan banjir di Pasir Puteh pula makin meningkat apabila 4 PPS dibuka di daerah itu membabitkan 147 penduduk terjejas banjir.

Sembilan PPS di buka di daerah kuala krai melibatkan 458 penduduk terjejas banjir daripada 131 keluarga manakala di Tanah Merah, sembilan PPS dibuka melibatkan 353
penduduk terjejas banjir daripada 84 keluarga.

Sementara itu, tiga sungai utama mencatatkan bacaan air sungai melebihi paras bahaya iaitu Sungai Kg Temangan Machang, Sungai Lanas di Air Lanas Jeli dan Sungai Golok di Kg Jenob, Tanah Merah.

Media Baharu