fb fb fb fb fb

Usul undi percaya, mahu pimpin negara dengan mandat jelas

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama Ulama dan Asatizah
semasa mengadakan pertemuan mahabbah di Seri Perdana/BERNAMA)

PUTRAJAYA, 11 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar memaklumkan usul undi percaya kepadanya adalah bertujuan membolehkan beliau memimpin negara dengan mandat yang jelas dan berdasarkan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Beliau berkata usul tersebut akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 19 Disember.

"Keputusan kerajaan membawa usul undi percaya kepada Perdana menteri yang baharu, dari segi undang undang ia tidak diperlukan dan pendapat Peguam Negara juga tidak perlu sebab majoritinya jelas dan kuasa Yang di-Pertuan Agong juga jelas.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/BERNAMA)

"Yang di-Pertuan Agong mengambil langkah yang lebih iaitu mengundang Sidang Khas Raja-raja Melayu supaya ada kata sepakat tentang calon Perdana Menteri yang mereka usulkan", katanya.

Beliau turut menjelaskan peranan institusi raja perlu dihormati meskipun berbeza pendapat.

"Tatkala menghadap Yang di-Pertuan Agong, beliau menyatakan ada baiknya Perdana Menteri jelaskan supaya tiada kekeliruan terutama yang menyinggung kedudukan Raja-Raja Melayu, kita boleh beza pendapat dan malah dalam beberapa pertemuan dengan beberapa Raja, kadang-kadang saya mohon ampun maaf sebab memberi pendapat berbeza tetapi kita tidak boleh langgar prinsip adab dan akhlak dan dalam menghormati kemuliaan raja-raja", katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pertemuan Mahabbah bersama Ulama dan Asatizah di Seri Perdana, Putrajaya hari ini yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Media Baharu