fb fb fb fb fb

PM tidak pernah beri jaminan gugur kes mahkamah

PUTRAJAYA, 11 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah memberi jaminan kepada mana-mana pihak yang berdepan dengan kes mahkamah untuk membebaskan mereka.

Anwar berkata ia hanya boleh dilakukan sekiranya individu terbabit dilepaskan daripada pertuduhan oleh hakim.

"Saya tidak pernah memberi jaminan kepada sesiapa untuk terlepas daripada hukuman sekiranya diputuskan oleh hakim yang bebas dan adil," kata Perdana Menteri ketika berucap pada Program Pertemuan Mahabbah bersama Ulama dan Asatizah Islam tempatan di Kompleks Seri Perdana, di sini.


(Foto BERNAMA)

Dalam pada itu, beliau sudah menemui semua pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara menyatakan pendirian yang tegas mengenai hal tersebut.

Media Baharu