fb fb fb fb fb

Rejimen Askar Wataniah siap sedia bantu penduduk terjejas banjir di Terengganu

KUALA NERUS, 11 Disember- Anggota Rejimen 512 Askar Wataniah di Kem Padang Midin siap sedia digerakkan bagi membantu penduduk terjejas banjir di Terengganu.

Komandernya, Tengku Seri Temenggong Raja Brigedier Jeneral Datuk Seri Tengku Baharuddin berkata anggotanya sentiasa siap siaga jika diperlukan.

Sekiranya banjir bertambah buruk, 30 anggota dan pegawai akan dikerah bagi membantu penduduk terjejas banjir di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Selain anggota, kekuatan aset juga sedia digunakan antaranya trak tiga tan, pacuan empat roda dan bot penyelamat.


(Foto BERNAMA)

"Di Terengganu, kami sentiasa berhubung menerusi aplikasi WhatsApp. Jika diperlukan kami sentiasa bersedia," katanya kepada pemberita ketika meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini.

Media Baharu