fb fb fb fb fb

Perkasa usahawan muda luar bandar, perluas kemudahan pinjaman PMKS

PETALING JAYA, 12 Disember- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah memberi fokus kepada memperkasakan usahawan muda luar bandar.

Bagi melaksanakan perkara itu, kemudahan pinjaman bagi perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) akan diperbanyak.

Jelas Menterinya merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meski negara di jangka berdepan kekangan ekonomi pada suku pertama tahun hadapan, namun, peluang bagi golongan muda menceburkan diri dalam bidang keusahawanan tidak seharusnya diketepikan.

"Bukan hanya mewujudkan usahawan tetapi juga memperkasa usahawan-usahawan muda yang baru. Sudah tentu pinjaman untuk usahawan SME akan diperbanyak.

"Matlamat itu jangan pernah dipinggirkan supaya ia akan memberi peluang kepada anak-anak muda menceburkan diri dalam bidang keusahawanan," katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Majlis Makan Malam sempena Ulangtahun ke-10 Persatuan Usahawan Wanita Cina Malaysia (MCWEA) dan Anugerah Kecemerlangan MCWEA 2022.

Seramai 22 usahawan wanita diberi pengiktirafan atas kecemerlangan dalam bidang keusawahanan yang diceburi pada majlis sama.

(Ahmad Zahid Hamidi)

Media Baharu